PENGENALAN
Selaras dengan hasrat KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah bertujuan untuk memberi panduan kepada sekolah dalam menguruskan Hal-Ehwal Kokurikulum.
RASIONAL
Gerak Kerja Kokurikulum SMK Jalan Oya Sibu selaras dengan perakuan Laporan Kabinet, Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan dan PIPP Negara .
Kegiatan Kokurikulum sebagai aktiviti yang menyediakan program dan strategik pelaksanaan untuk mengasah potensi, bakat , minat dan kemahiran pelajar untuk pendedahan dan pengalaman yang mungkin tidak dapat diperoleh di dalam bilik darjah dan saling melengkapi apa yang dipelajari semasa proses Pengajaran & Pembelajaran.
Sekolah sebagai penjana bakat dan melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani ,Emosi , Rohani , Intelek dan Sahsiah Pelajar yang cemerlang .
OBJEKTIF
Menyemai kesedaran nilai-nilai moral dan keagamaan.
Melahirkan modal insan yang berketerampilan, berdisiplin dan sahsiah yang mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
Membantu dan melatih para pelajar menggunakan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan positif.
Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang mesra.
Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.