SEJARAH SEKOLAH

logo smkjo br.png logo smkjo br.png
Size : 136.469 Kb
Type : png

SMK Jalan Oya memulakan perkhidmatannya pada 2 Januari 1981 dengan menumpang bangunan lama di Batu 15.Sekolah ini tidak mempunyai bekalan air dan elektrik. Bekalan air untuk minuman dihantar oleh pihak J.K.R.

Pada 27 Disember 1991, sekolah telah berpindah ke lokasi sekarang iaitu di Bukit Kemuyang, KM 24 dari Bandar Sibu. Bilangan guru pada tahun itu mencatat seramai 60 orang dan kakitangan sokongan ialah 15 orang. Di lokasi baru SMK Jalan Oya dilengkapi dengan kemudahan bekalan air dan elektrik.

Pada tahun ini juga, sekolah telah membuka makmal komputer dan pusat akses untuk kegunaan pelajar dan staff sekolah. Bilik APD turut dipertingkatan agar sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih selesa dan sempurna.

Pada 2009, pihak sekolah merancang membina kelas kabin untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Dalam tahun ini juga pihak sekolah membina tempat letak kereta berbumbung untuk kebajikan guru.Tahun 2010, pembinaan kelas kabin yang telah dirancang tahun lepas telah dilaksanakan dengan lancar. Sebanyak 9 kelas kabin telah dibina di tapak hoki dan blok Rajawali.

ALAMAT SEKOLAH

SMK Jalan Oya
C.D.T 45 Jalan Bukit Kemuyang
96000 Sibu
Sarawak

Tel: 084-21 7610
Faks: 084-21 0281
Email: pejabat@semenjaya.com

LOKASI

BENDERA SEKOLAH

Warna Putih

Keikhlasan dalam bertindak untuk mencapai cita-cita, matlamat sekolah dan Negara

Warna Merah

Semangat yang kental dalam memperjuangkan cita-cita murni

Warna Kuning

Sentiasa menjunjung kedaulatan perlembagaan

Warna Hijau

Melambangkan keazaman, kecekalan danmatlamat pelajar S.M.K Jalan Oya untuk terus maju dalam pelbagai bidang khasnya dari segi akademik, ianya juga akan tersemai justeru subur sepanjang masa

LOGO SEKOLAH

 

Segulung Ijazah

Matlamat wawasan pelajar

Bunga Raya

Menunjukkan jiwa warga sekolah sentiasa cintakan negara

Lima Bulatan Bertaut

Mencerminkan perpaduan dan sikap bekerjasama

Moto

Belajar, Berkhidmat, Berbakti, satu panduan hidup semasa di bangku sekolah dan bila berada dalam kelompok masyarakat luar


Hakcipta Terpelihara © 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan olehpenggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
admin@semenjaya.com
 
 
Make a Free Website with Yola.