PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK JALAN OYA


 CARTA ORGANISASI JAWATAN KUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK JALAN OYA 2014

 JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SMK JALAN OYA SESI 2014

 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA
PUSAT SUMBER SEKOLAH

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK 
PUSAT SUMBER SEKOLAH
  • Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.
  • Menentukan sumber kewangan PSS.
  • Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.
  • Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain
  • Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.
  • Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.
SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA 
PUSAT SUMBER SEKOLAH
  • Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.
  • Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.
  • Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
  • Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
  • Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di Pusat Sumber.
  • Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti Pusat Sumber.
 
 


Hakcipta Terpelihara © 2010 - 2014 - Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
admin@semenjaya.com
Make a Free Website with Yola.