PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK JALAN OYA

DEFINISI

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah pengembangan dari Perpustakaan Sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak.  PSS memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya. PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta  koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. PSS menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

VISI, MISI, MOTTO

VISI
SEBUAH TEMPAT BAGI MEMPEROLEH, MENGUMPUL DAN MEMBINA MAKLUMAT BARU SUPAYA DAPAT DIMANFAATKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEREALISASIKAN ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.
 
MISI
MEMBACA DIJADIKAN AMALAN
MENYALURKAN PELBAGAI SUMBER PENGETAHUAN
MENYEDIAKAN PELBAGAI KOLEKSI PERPUSTAKAAN
PUSAT RUJUKAN MAKLUMAT & PINJAMAN
MENJADI TEMPAT AKTIVITI AKADEMIK BAGI GURU & PELAJAR
MEMBANTU PIHAK SEKOLAH MENCAPAI MATLAMAT KURIKULUM
 
MOTTO
ILMU SINAR HIDUP

TUJUAN DAN FUNGSI

TUJUAN PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Kecemerlangan pendidikan

Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah

Penggunaan kemudahan
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

Pemupukan tabiat belajar
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

Penghasilan bahan
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran

Perkhidmatan pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar

Kemahiran maklumat
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.


FUNGSI PUSAT SUMBER

  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kimpulan dalam proses pembelajaran.
  • Merupakan tempat bahan pengajaran-pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  • Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  • Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
  • Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
  • Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  • Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  • Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  • Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pembelajaran.


Hakcipta Terpelihara © 2010 - 2014 - Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
admin@semenjaya.com

Make a free website with Yola