2. TINDAKAN KESELAMATAN KOKURIKULUM

 

2.1          PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum merujuk kepada sebarang aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah yang tidak melibatkan waktu pengajaran dan pembelajaran.

 

2.2          RASIONAL

2.2.1 Banyak aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah sepanjang tahun dan satu panduan adalah perlu untuk pelajar, guru dan ibu bapa.

2.2.2 Isu-isu keselamatan fizikal serta penggunaan peralatan sukan untuk warga sekolah ini harus sentiasa diberi perhatian .

 

2.3          OBJEKTIF

Ø  Mengelakkan berlakunya kemalangan sewaktu aktiviti kokurikulum diadakan.

Ø  Membolehkan pengurusan diri mereka mengikut tatacara yang disediakan (Lihat Carta Aliran

Ø  Menjalankan aktiviti KK

Ø  Memastikan aktiviti yang dijalankan membawa maksud signifikan seperti yang telah ditetapkan.

 

2.4          PERANAN MURID

Ø  Melaporkan taraf / keadaan kesihatan diri kepada guru.

Ø  Mematuhi segala arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.

Ø  Memberitahu guru tentang sebarang masalah yang dihadapi.

Ø  Mengutamakan aspek keselamatan apabila mengikuti sebarang aktiviti kokurikulum

 

3.             PERANAN GURU

Ø  Mendapatkan  persetujuan / kebenaran ibu bapa atau penjaga sah sebelum seseorang pelajar dibenarkan untuk menyertai sebarang aktiviti kokurikulum di luar.

Ø  Menyedarkan murid serta memastikan aspek keselamatan diutamakan semasa aktiviti kokurikulum diadakan.

Ø  Menerima / menyediakan semua laporan tentang kemalangan yang berlaku

Ø  Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak sekolah tentang kejadian / kemalangan yang berlaku

Ø  Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti kokurikulum.

 

4.             PERANAN IBU BAPA      

Ø  Mengambil tahu tentang jenis aktiviti kokurikulum yang disertai anak mereka.

Ø  Mengisi dan menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum .

Ø  Menyediakan bahan-bahan yang diperluakan oleh anak , seperti pakaian seragam dan seumpamanya.

Ø  Memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam semua aspek pengurusan kegiatan kokurikulum

Make a Free Website with Yola.