PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN OYA, SIBU

 PENDAHULUAN

  • Guru –guru harus bersedia dan sentiasa membantu keterlibatan pelajar dalam persatuan  / kelab / pasukan pakaian  seragam .
  • Guru hendaklah memastikan pelajar memahami falsafah ,matlamat  dan perlembagaan  persatuan / kelab  /pasukan pakaian  seragam  masing-masing
  • Guru bertanggungjawab dalam segala kegiatan ,pencapaian dan prestasi persatuan / kelab /pasukan pakaian seragam di bawah jagaannya.
  • Guru dikehendaki  memastikan semua ahli melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dijalankan.
FAIL
  • Setiap unit dikehendaki membuka satu fail mengikut no fail yang dilampirkan .
  • Setiap fail mesti mengandungi perkara berikut:
    • Carta organisasi kokurikulum
    • Surat permohonan penubuhan
    • Surat kelulusan  daripada pengetua untuk penubuhan
    • Surat perlantikan sebagai  guru pemimpin
    • Surat  permohonan menjadi ahli gabungan dan guru pemimpin kepada Pengetua
    • Surat kelulusan menjadi ahli gabungan dan guru pemimpin daripadaPengetua
    • Surat penerima menjadi ahli gabungan oleh  badan induk
    • Permohonan mengutip derma kepada pengetua
    • Perlembagaan
    • Senarai ahli
    • Takwim
    • Rancangan aktiviti tahunan
    • Permohonan mengutip derma  oleh guru pemimpin 
    • Surat kelulusan mengutip  derma kepada pengetua
    • Rekod kehadiran
    • Laporan setiap  aktiviti
    • Rekod kejayaan ahli
    • Format laporan tahunan
    • Stok dan inventori

Pekeliling KPM,JPNS,PPD,Sekolah

KEAHLIAN

  • setiap pelajar diwajibkan terlibat dalam TIGA aktiviti kokurikulum  yang ditawarkan di sekolah iaitu:
    • Kumpulan Pasukan Unit Beruniform
    • Kumpulan Sukan /Permainan
    • Kumpulan Persatuan / Kelab
KEHADIRAN
  • Kehadiran pelajar untuk aktiviti kokurikulum adalah WAJIB.
  • Kehadiran dan pengelibatan pelajar mesti dicatatkan di dalam BUKU KEHADIRAN DAN PENILAIAN KOKURIKULUM .
  • Semasa menghadiri aktiviti pelajar memakai pakaian seragam unit masing-masing atau pakaian sukan sekolah (t’ shirt PJK)
  • BUKU KEHADIRAN mesti dittandatangani oleh guru penasihat dan rekod kehadiran yang lengkap  mesti disimpan.
  • Pelajar yang tidak hadir mesti di beritahu kepada ibu/bapa/penjaga.sila gunakan borang yang disediakan.
 
AKTIVITI
  • Perancangan hendaklah dibuat dengan teliti, mengembirakan dan membantu pelajar. Semua aktiviti yang dirancang dicatatkan pada borang yang disediakan.
  • Setiap persatuan / kelab dikehendaki membuat perancangan tahunan, perlembagaan dan penyata kewangan masing-masing (Pasukan Unit Beruniform) mempunyai perlembagaan  tersendiri .
  • Semua jenis kegiatan dalam setahun seperti minit mesyuarat , kehadiran  dan pengelibatan pelajar , kejayaan dan lain-lain mesti dikumpulkan dengan lengkap dan disusun dengan teliti.
  • Setiap perjumpaan aktiviti kokurikulum MESTI DIHADIRI OLEH GURU PENASIHAT. Laporan bagi setiap aktiviti perlu diserahkan kepada Penyelaras Kokurikulum setiap bulan.
  • Kegiatan yang memerlukan kelulusan dan pengesahan pengetua hendaklah melalui penyelaras kokurikulum.
  • Semua aktiviti tertakluk kepada persatuan / kelab / pasukan pakaian seragam.
LAWATAN
  • Semua kegiatan di luar sekolah seperti lawatan sambil belajar,perkhemahan hendaklah  dirancang dan diuruskan mengikut  peraturan seperti  surat kebenaran ibu bapa/ penjaga ,kebenaran  PPD,Bilangan yang menyertai dan tempoh permohonan 2 minggu bagi lawatan dalam negeri dan 1 bulan bagi lawatan luar negeri
RUMAH SUKAN
  •  Setiap pelajar akan dibahagikan kepada rumah sukan  seperti berikut:
           

Rumah

Warna

Tugau

Rentap

Linggir

Syarif Masahor

Hijau

Biru

Kuning

Merah

  • Semua latihan mesti diawasi oleh guru / jurulatih / pengurus  rumah masing-masing
  • Semua pasukan rumah  sukan mesti mematuhi jadual  disediakan untuk mengelakkan kesesakan tempat latihan yang boleh mengakibatkan kemalangan berlaku.
  • Semua latihan mesti dihentikan serta – merta jika cuaca buruk
  • Pelajar yang cedera akibat latihan mesti diberi rawatan dengan segera dan laporkan kepada dan penyelia asrama bahagian rawatan  dan juga PKKK.

PASUKAN PAKAIAN SERAGAM ,KELAB SUKAN & PERMAINAN DAN KELAB & PERSATUAN AKADEMIK & BUKAN AKADEMK

  • Pendaftaran dibuat oleh pelajar pada Borang Pendaftaran Pakaian Seragam (BPRS)  , Kelab permainan  dan Persatuan & kelab Akademik dan bukan Akademik.
  • Guru Tingkatan menyerahkan kepada ketua guru penasihat,dan guru penasihat menyerahkan satu salinan senarai ahli kepada penyelaras.(mengikut kesesuaian tindakan yang relevan oleh PKKK )
  • BPRS  diserahkan  kepada penyelaras  masing-masing.
  • Mesyuarat  Agong pasukan pakaian seragam diadakan di tempat yang telah ditentukan
  • Mesyuarat  Agong Kelab Sukan & Permainan dibuat di tempat yang telah ditentukan.
  • Mesyuarat  Agong Persatuan /kelab Akademik dan bukan Akademik dibuat di tempat yang telah ditentukan.
KESELAMATAN PELAJAR
  • Keselamatan pelajar adalah tanggungjawab guru dan diberi keutamaan dalam semua kegiatan atau aktiviti kokurikulum samada dalam kawasan sekolah dan luar kawasan sekolah        .
  • Tindakan yang diambil hendaklah berpandukan surat pekeliling ikhtisas Bil.9/2000 dan tambahan kepada surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9 / 2000.Lampiran...
KEWANGAN

  • Guru penasihat adalah bertanggungjawab tentang  semua perkara kewangan bagi unit pimpinannya.
  • Semua bentuk kutipan hendaklah mendapat kelulusan daripada pengetua.
  • Semua kutipan dan perbelanjaan  mesti direkodkan dengan jelas.
  • Semua perbelanjaan hendaklah disertai dengan resit rasmi atau pertanyaan yang disahkan oleh guru penasihat.
  • Semua penyata kewangan mestilah diserahkan untuk disemak oleh juruaudit
  • Penyata kewangan bersama Laporan KK hendaklah diserahkan kepada PK Kokurikulum  pada akhir bulan OKT.
LAPORAN
  • Fail  laporan disimpan di tempat yang disediakan.
  • Laporan mingguan     :Laporan persatuan / kelab  / permainan dan pasukan pakaian seragam  diisi mengikut format disediakan dan dihantar jika ada arahan daripada PKKK
  • Laporan tahunan       :Laporan mestilah lengkap dan berserta gambar aktiviti.Sila    hantar kepada penyelaras kokurikulum pada 26 OKT 2010.
KAWALAN DAN KEBERSIHAN
  • Semua kerja persiapan dan kebersihan tempat sebelum dan selepas segala gerakkerja adalah tanggungjawab AJK Unit berkenaan.Guru penasihat hendaklah mengambil berat tentang aspek-aspek tersebut.
PAPAN KENYATAAN

  • Papan kenyataan yang disediakan untuk mana-mana unit Beruniform adalah khas untuk kegunaan unit yang berkenaan sahaja manakala untuk kelab permainan /sukan, Persatuan Bukan Akademik  berkongsi dengan papan notis umum KK.Manakala Persatuan Akademik pula berkongsi dengan panitia masing-masing.
  • Semua kenyataan dan bahan pameran hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali Bahasa Inggeris,Bahasa cina dan Bahasa Iban dan ianya  hendaklah ditandatangan oleh guru persatuan berkenaan.
  • Bahan-bahan yang dipamerkan hendaklah diperbaharui dari semasa ke semasa.
  • Semua papan kenyataan mestilah digunakan sentiasa dan tidak dibiarkan kosong.
PAKAIAN SERAGAM
  • Semua Pelajar  Dikehendaki Memakai Pakain Seragam Pada Setiap Hari Rabu.
  • Semasa menghadiri perjumpaan Kokurikulum,semua pelajar mesti memakai Pakaian unit masing-masing atau  T –shirt rasmi kelab,persatuan atau sekolah .
  • Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian sekolah untuk menghadiri perjumpaan Kokurikulum kecuali dengan kebenaran guru penasihat masing-masing.
PERSATUAN / KELAB
  • Pendaftaran:    Setiap pelajar diberi borang pendaftran oleh guru tingkatan dan didaftarkan pada minggu pertama persekolahan .
  • Satu salinan akan diserahkan kepada penyelaras Kelab/persatuan.
  • Mesyuarat Agung dijalankan  mengikut takwim sekolah dan pada hari-hari yang telah dtetapkan oleh guru penasihat
Make a Free Website with Yola.