KEGIATAN KOKURIKULUM SMK JALAN OYA, SIBU

 1. PELAKSANAAN AKTIVITI KK

 Kegiatan kokurikulum adalah WAJIB  kepada semua murid.

 Setiap murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas wajib mengambil SATU

 Aktiviti dari setiap kumpulan kegiatan kokurikulum berikut :

Kumpulan I        :               Pasukan Berpakaian Seragam

Kumpulan II       :               Kelab / Persatuan

Kumpulan III      :               Sukan/Permainan

 Aktiviti kokurikulum biasanya dijalankan mengikut masa dan hari seperti yang berikut :

HARI

WAKTU

KEGIATAN KOKURIKULUM

Hari Isnin

 

2.00 – 3.30 petang

Kelab/persatuan atau

Sukan/permainan

Hari Rabu

2.00 – 3.30 petang

Pasukan Berpakaian Seragam

 Aktiviti kokurikulum biasanya akan dilaksanakan di tempat yang ditetapkan .

 Pelajar wajib memakai pakaian yang sesuai dan kemas contohnya  pakaian seragam  baju-T PJPK atau baju-T   Kelab / Persatuan atau Sukan /Permainan.

Setiap pelajar WAJIB memiliki Buku Rekod/Penilaian Kokurikulum untuk merekod kehadiran pelajar dan ditandatangani oleh Guru Penasihat .

 Penilaian penglibatan dan pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan DINILAI  OLEH GURU PENASIHAT pada penghujung tahun. Aspek. kehadiran, penglibatan, pencapaian, jawatan yang disandang serta sumbangan pelajar akan dinilai untuk menentukan gred yang diperoleh.

 Setiap persatuan / kelab / pasukan berpakaian seragam / sukan / permainan mesti mengadakan mesyuarat untuk memilih ahli-ahli jawatankuasa yang lengkap dan serahkannya kepada PK KK dalam seminggu selepas mesyuarat tersebut diadakan. Guru Penasihat bersama jawatankuasanya boleh merancang aktiviti untuk dijalankan sepanjang tahun. Senaskhah rancangan tahunan yang telah siap disediakan diserahkan kepada PK KK.

 Setiap kelab / persatuan / pasukan berpakaian seragam / sukan / permainan dikehendaki menyediakan laporan penggal dan diserahkan kepada PK KK pada penghujung setiap penggal persekolahan. (ikut jadual KK)

 Buku Penilaian Kokurikulum pelajar yang telah siap diurus oleh Guru Tingkatan tentang prestasi penyertaan dalam kegiatan kokurikulum perlu diserahkan kepada PK KK dan seterusnya kepada pengetua untuk ditandatangani  pada penghujung tahun.


 


 2. TINDAKAN KESELAMATAN KOKURIKULUM

 PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum merujuk kepada sebarang aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah yang tidak melibatkan waktu pengajaran dan pembelajaran.

 RASIONAL

Banyak aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah sepanjang tahun dan satu panduan adalah perlu untuk pelajar, guru dan ibu bapa.

Isu-isu keselamatan fizikal serta penggunaan peralatan sukan untuk warga sekolah ini harus sentiasa diberi perhatian .

 OBJEKTIF

  • Mengelakkan berlakunya kemalangan sewaktu aktiviti kokurikulum diadakan.
  • Membolehkan pengurusan diri mereka mengikut tatacara yang disediakan (Lihat Carta Aliran
  • Menjalankan aktiviti KK
  • Memastikan aktiviti yang dijalankan membawa maksud signifikan seperti yang telah ditetapkan.

 PERANAN MURID

  • Melaporkan taraf / keadaan kesihatan diri kepada guru.
  • Mematuhi segala arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.
  • Memberitahu guru tentang sebarang masalah yang dihadapi.
  • Mengutamakan aspek keselamatan apabila mengikuti sebarang aktiviti kokurikulum

 PERANAN IBU BAPA

  • Mengambil tahu tentang jenis aktiviti kokurikulum yang disertai anak mereka.
  • Mengisi dan menandatangani borang pengesahan kebenaran untuk anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum .
  • Menyediakan bahan-bahan yang diperluakan oleh anak , seperti pakaian seragam dan seumpamanya.
  • Memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam semua aspek pengurusan kegiatan kokurikulum

 PERANAN GURU

  • Mendapatkan  persetujuan / kebenaran ibu bapa atau penjaga sah sebelum seseorang pelajar dibenarkan untuk menyertai sebarang aktiviti kokurikulum di luar.
  • Menyedarkan murid serta memastikan aspek keselamatan diutamakan semasa aktiviti kokurikulum diadakan.
  • Menerima / menyediakan semua laporan tentang kemalangan yang berlaku
  • Memaklumkan kepada ibu bapa dan pihak sekolah tentang kejadian / kemalangan yang berlaku
  • Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti kokurikulum.

 


Hakcipta Terpelihara © 2010 - 2014 - Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
admin@semenjaya.com

Make a free website with Yola