PENGENALAN

Selaras dengan hasrat KPM  melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah bertujuan untuk memberi panduan kepada sekolah dalam menguruskan  Hal-Ehwal Kokurikulum.
 
RASIONAL

Gerak Kerja Kokurikulum SMK Jalan Oya Sibu selaras dengan perakuan Laporan Kabinet, Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan dan PIPP Negara .
 
Kegiatan Kokurikulum sebagai aktiviti yang menyediakan program dan strategik pelaksanaan untuk mengasah potensi, bakat , minat dan kemahiran pelajar untuk pendedahan dan pengalaman yang mungkin tidak dapat diperoleh di dalam bilik darjah dan saling melengkapi apa yang dipelajari semasa proses Pengajaran & Pembelajaran. 
 
Sekolah sebagai penjana bakat dan melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani ,Emosi , Rohani , Intelek dan Sahsiah Pelajar yang cemerlang .  
 
OBJEKTIF
 
Menyemai kesedaran nilai-nilai moral dan keagamaan.
 
Melahirkan modal insan yang berketerampilan, berdisiplin dan sahsiah yang mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
 
Membantu dan melatih para pelajar menggunakan masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan positif.
 
Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan     suasana sekolah yang lebih menarik dan mengembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang mesra.
 
Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

VISI
Memantapkan Kokurikulum sebagai elemen sokongan akademik yang cemerlang di Bahagian Sibu menjelang 2015

MISI
Melahirkan pelajar yang aktif dan cemerlang dalam bidang Kokurikulum
 
Membentuk golongan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, berdikari serta sentiasa mengamalkan nilai–nilai murni.

Mewujudkan budaya Kokurikulum yang kondusif dengan persekitaran yang selamat

MOTTO
SMK JALAN OYA SENTIASA BERSAING & MAJU


Hakcipta Terpelihara © 2010 - 2016 - Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan olehpenggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
admin@semenjaya.com

Make a free website with Yola